Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Ultra dilancar: Dua skrin, tiga kamera 50MP, cas pantas 67W bermula ~RM3,784

Melalui sebuah acara pelancaran besar-besaran hari ini, Xiaomi mengumumkan beberapa produk terbaru termasuklah telefon pintar dan produk ekosistem lain. Antara telefon pintar baharu yang diumumkan adalah Xiaomi Mi 11 Ultra dan Xiaomi Mi 11 Pro.

Xiaomi Mi 11 Ultra memiliki rekaan dan spesifikasi yang agak berbeza dengan Xiaomi Mi 11 yang sudah dilancar sebagai peranti pertama janaan Qualcomm Snapdragon 888. Antara keunikan Mi 11 Ultra adalah dua skrin termasuklah skrin kedua pada bahagian modul kamera belakang yang membantu pengguna untuk mengambil kamera swafoto menggunakan kamera utama. Selain itu, ia mempunyai rating IP68 tahan debu dan air serta sensor kamera ISOCELL GN2 50MP.

Mi 11 Ultra juga mempunyai prestasi kamera yang sangat bagus, di mana ia berjaya merangkul markah tertinggi dalam DXOMARK iaitu sebanyak 143 mata.

Anda boleh menyemak spefikasi penting Xiaomi Mi 11 Ultra seperti di bawah.

Xiaomi Mi 11 Ultra

Teknologi bateri silikon oksida anod dalam Mi 11 Ultra menjadikan bateri lebih nipis dan keupayaan pengecasan pantas yang lebih cekap. Silikon nano yang dibekalkan bersama litium ini adalah untuk mengatasi masalah kecekapan dalam pengecasan pantas dan ketahanan jangka hayat bateri silikon-karbon yang rendah.

Ia akan dijual dalam pasaran China pada harga bermula:

Untuk pasaran Eropah pula, ia akan dijual pada harga EUR1,199 (~RM5,858) untuk memori 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Adakah anda berminat dengan salah satu ahli keluarga siri Xiaomi Mi 11 ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version