Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 12 dikhabarkan akan gunakan RAM LPDDR5X, kelajuan 2x ganda dari LPDDR4X

Beberapa hari lalu, JEDEC telah melancarkan RAM LPDDR5X, iaitu sebuah pehalusan dari versi 5 yang menaikkan kelajuan bacaan data dari 6,400 Mbps ke 8,533 Mbps (dua kali ganda berbanding LPDDR4X).

Kini, sumber dalam talian menyatakan bahawa peranti andalan Xiaomi Mi 12 akan datang bakal menjadi antara yang terawal dengan teknologi ini. RAM LPDDR5X akan digabungkan bersama cipset Snapdragon 898.

Cipset Snapdragon 898 dijangka dapat menyokong versi 5X ini kerana cipset Qualcomm seperti 888 dan 865 masa kini hanya menyokong sehingga versi 5 sahaja. Cipset ini juga akan dibina diatas seni bina ARMv9 yang dilengkapi teras baru Cortex-X2, A710 dan A510.

Selain cipset dan RAM, terdapat juga khabar angin yang menyatakan siri Mi 12 mungkin akan menawarkan kamera 200MP dan pengecasan pantas 200W (mungkin Mi 12 Ultra).

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version