Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 12 mungkin akan menggunakan tri-kamera 50MP

Pagi ini, Samsung merasmikan pengeluaran kamera telefon pintar 200MP pertama di dunia. Menurut pengeluar Korea Selatan, sensor mudah alih tersebut akan mula dijual pada akhir tahun ini. Berkemungkinan besar, kita akan melihat telefon pintar bersama kamera sensor seawal tahun ini.

Menurut spekulasi, siri Xiaomi Mi 12 akan menjadi yang pertama menggunakan kamera 200MP. Tidak hairanlah kerana Xiaomi amat dikenali dengan kamera piksel tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan. Beberapa laporan menunjukkan 192MP dan ada yang mendakwa bahawa peranti ini akan menggunakan sensor 200MP. Namun, laporan terbaru mempunyai tuntutan yang berbeza.  

Menurut pengkhabar berita teknologi di Weibo, @DCS, telefon andalan Xiaomi Mi 12 mungkin akan menggunakan kamera utama 50MP. Informasi ini didapati dari dua model kejuruteraan (model Xiaomi) yang disyaki merupakan siri Xiaomi Mi 12. Model-model ini dilengkapi dengan sensor besar yang menyokong rakaman gerak perlahan sehingga 1,920fps. Kamera utama model-model ini adalah sama. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan pada kamera tambahan seperti kamera telefoto dan kamera ultra-lebar.  

Selanjutnya, model kejuruteraan siri Xiaomi Mi 12 kini berada dalam fasa ujian. Telefon pintar ini akan dilengkapi dengan sistem tiga kamera utama dan perkara yang paling menarik adalah ketiga-tiga kamera mempunyai sensor 50MP. Salah satu kamera ini akan menjadi sensor bersaiz besar, lensa sudut ultra lebar juga lensa 50MP berkualiti tinggi, dan lensa telefoto periscope juga lensa berkualiti tinggi 50MP.  

Secara keseluruhan, Xiaomi Mi 12 akan memberikan prestasi yang baik dalam semua aspek kamera. Lensa telefoto kamera utama dapat zum pada jarak yang lebih jauh berbanding model sebelum ini.

Ingin tahu lebih banyak berita menarik? Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version