Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 12 mungkin dilancar seawal bulan November ini, tanpa MIUI 13

Selepas pelancaran MIX 4 tidak lama lalu, peminat jenama Xiaomi semestinya telah mengalihkan tumpuan mereka ke telefon pintar siri Mi 12. Sebelum ini, sumber memberitahu bahawa siri ini mungkin akan dilancarkan pada pertengahan bulan Disember, tetapi khabar angin terkini menyatakan bahawa ia akan tiba seawal bulan November.

Selain dari tarikh pelancarannya, Mi 12 dijangka akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cipset Snapdragon 898. Namun begitu, peranti ini dikatakan tidak akan hadir dengan sistem operasi terbaru Xiaomi, MIUI 13. Jadi, Mi 12 mungkin akan menggunakan antara muka MIUI 12.5 Enhanced Version.

Tambahan lagi, Mi 12 juga dikhabarkan akan dilengkapi skrin LTPO yang memudahkan perubahan kadar segar semula (1-120Hz) disamping menjimatkan penggunaan baterinya. Peranti ini juga mungkin akan hadir dengan pengecasan pantas 120W, tetapi kurang dari 50W untuk pengecasan wayarles akibat dari perubahan polisi di China.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini dalam masa yang akan datang di Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version