Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG Petronas dilancar, berharga ~RM3,912

Semalam, industri telefon pintar global telah menyaksikan pelancaran peranti andalan Xiaomi yang pertama untuk tahun 2021, Xiaomi Mi 11. Seiring dengan peranti itu, Xiaomi turut melancarkan beberapa produk iaitu Xiaomi Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi Electric Scooter 2 edisi khas ini memiliki pelesapan haba, pengurusan bateri dan ketahanan yang lebih berbaik berbanding skuter elektrik generasi sebelumnya. Ia turut hadir dengan berat 14.2 kg, julat menjajap 45km, kadar kuasa output 300W (maksimum 600W) dan kelajuan maksimum 25km/j.

Skuter elektrik terbaru yang memiliki daya perjalanan dan brek lebih baik ini hadir pada harga 700 Euro (~RM3,912) di pasaran global. Setakat ini, kami masih belum mendapat maklumat sama ada produk ini bakal hadir di pasaran Malaysia atau tidak.

Adakah anda salah seorang pengguna skuter elektrik? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk teknologi terkini.

Exit mobile version