Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Mix 4 bakal dilancar tahun ini, selepas Xiaomi Mi 11 Pro

Kali terakhir Xiaomi melancarkan telefon dari siri MIX adalah pada tahun 2019 yang lalu apabila mereka melancarkan Mi MIX 3 5G. Terbaru, terdapat sumber menyatakan bahawa telefon baru dari siri MIX akan dilancarkan pada tahun ini.

Selain dari itu, sumber juga menyatakan Xiaomi Mi MIX 4 akan dilancarkan selepas Mi 11 Pro memasuki pasaran. Mi 11 Pro dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari atau bulan Mac ini.

Sehingga kini, tidak banyak khabar angin mengenai Mi MIX 4 timbul di dalam talian. Baru-baru ini, Mi MIX 4 dikatakan akan menjadi telefon pertama Xiaomi dengan teknologi kamera bawah skrin.

Xiaomi dikhabarkan akan mula menghasilkan kamera bawah skrin secara besar-bebsaran pada separa kedua tahun ini.

Adakah anda meminati teknologi kamera bawah skrin? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version