Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi MIX 4 dikhabarkan akan lebih mahal dari Mi 11 Ultra, dilengkapi kamera bawah skrin

Jika anda mengikuti berita telefon pintar dari Xiaomi, anda pasti sudah tahu bahawa mereka bakal melancarkan sebuah lagi model dari siri Mi Mix pada tahun ini. Ia dikhabarkan akan hadir dengan nama Mi MIX 4. Terbaru, sumber dalam talian memberitahu buritan baru mengenai peranti ini, terutama harganya.

Mi MIX 4 dikhabarkan akan mempunyai tanda harga yang lebih mahal dari Mi 11 Ultra. Hal ini disebabkan kerana Mi MIX 4 akan menjadi peranti Xiaomi yang pertama dengan teknologi kamera bawah skrin. Selain itu, ia juga akan menjadi mahal kerana ia dilengkapi bezel hadapan yang sangat nipis untuk memberikan pengalaman skrin penuh.

Imej janaan Mi MIX 4

Namun begitu, skrin peranti ini dikatakan akan mempunyai resolusi FHD+ sahaja, bukanlah skrin 2K seperti yang ada pada siri Mi 11. Ini mungkin pengorbanan yang perlu diambil untuk meletakkan kamera hadapan bawah skrin.

Selain itu juga, Mi MIX 4 dikhabarkan akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 dan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Adakah anda meminati peranti baru dari siri Mi MIX? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version