Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Mix 4 mungkin akan dilengkapi kamera swafoto bawah skrin

Sebelum ini, terdapat khabar yang mengatakan Mi MIX 4 bakal dilengkapi kamera swafoto di bawah skrin, membuatkan skrinnya tidak mempunyai sebarang takuk (notch) atau lubang untuk menempatkan kamera tersebut.

Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, teknologi Under Panel Camera (UPC) telah pun dibangunkan oleh Xiaomi dan kamera tersebut tidak boleh dilihat langsung. Walau bagaimanapun, skrin itu hanya akan mempunyai resolusi Full HD+ (1080p+) iaitu tidak setinggi telefon andalan lain pada masa ini.

Selain itu, Mi MIX 4 juga dikhabarkan akan mempunyai skrin kedua di sebelah kamera, serupa dengan skrin kedua dalam Mi 11 Ultra. Harganya pula dijangka adalah lebih mahal daripada Mi 11 Ultra, bermula CNY6,000 (~RM3,870).

Ia dijangka akan dilancar pada bulan Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version