Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi MIX 4 sah dilancar 10 Ogos ini, dilengkapi kamera bawah skrin

Xiaomi hari ini secara rasmi telah mengesahkan ketibaan telefon pintar Mi MIX 4 pada acara pelancaran mereka tidak lama lagi. Mereka dilihat telah memuat naik sebuah poster mengenai Mi MIX 4 bersama tarikh 10 Ogos (waktu tempatan 7.30 PM).

Malangnya, poster ini tidak disertakan dengan sebarang gambar dan spesifikasi Mi MIX 4. Namun berdasarkan penyenaraian TENAA sebelum ini, peranti ini akan hadir dengan nombor model 2106118C dan dilengkapi RAM 8/12GB bersama storan 256GB.

Peranti ini juga dikhabarkan akan menjadi telefon pintar Xiaomi pertama dengan teknologi kamera bawah skrin. Pada masa yang sama, sumber dalam talian menunjukkan paparan yang bakal digunakan oleh Mi MIX 4.

Untuk spesifikasi lain, ia akan dilengkapi antara muka MIUI 12.5 dari dalam kotak. Ia juga mungkin akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 dan menyokong pengecasan pantas 120W.

Melihat kepada imej janaan dalam talian, terdapat juga skrin tambahan di sebelah modul kameranya (seperti Mi 11 Ultra).

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai Mi MIX 4 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version