Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Noise Cancelling Wireless Headphones dan Mi Wireless Charger Bluetooth Speaker bakal muncul

Terkini, Xiaomi bakal melancarkan dua produk terbaru yang mungkin akan disukai ramai. Gizmochina menyatakan bahawa Mi Noise Cancelling Wireless Headphones dan Mi Wireless Charger Bluetooth Speaker ini telah mendapat pensijilan Bluetooth.

Fon kepala Mi Noise Cancelling Wireless Headphones dikatakan mempunyai pembatalan hingar (noise) aktif dan boleh digunakan secara nirwayar (wireless) atau bersama wayar. Bunyinya seperti menarik bukan? Pengecas nirwayar Mi Wireless Charger Bluetooth Speaker pula merupakan peranti 2 dalam 1 dengan fungsi untuk mengecas dan sebagai pembesar suara.

Rekod Mi Noise Cancelling Wireless Headphones
Rekod Mi Wireless Charger Bluetooth Speaker

Gambar di atas menunjukkan nombor model produk yang membuktikan bahawa produk ini sedang menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita tarikh pelancaran produk ini bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizmochina | Mi.com

Exit mobile version