Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Note 10 Lite dilancarkan: Snapdragon 730G, 4 kamera & bateri 5,260mAh berharga ~RM1,630

Terkini, Xiaomi telah melancarkan ahli baharu keluarga Xiaomi Mi Note 10 dengan harga yang lebih berpatutan untuk siri Xiaomi Mi Note 10. Xiaomi Mi Note 10 Lite kini dilancarkan secara global dan akan memasuki pasaran teknologi dengan harga bermula €349 (~RM1,631) .

Antara spesifikasi menonjol yang hadir pada Xiaomi Mi Note 10 Lite adalah pengoperasian cipset Snapdragon 730G. Ia turut dilengkapi tetapan kamera sama dengan siri lain kecuali lensa utamanya yang menjadi 64MP. Ia juga mampu untuk merakam video 4K dan gerak perlahan sehingga 960 fps.

Bukan itu sahaja, kapasiti baterinya yang sudah besar (5,260mAh) ditambah lagi dengan ciri teknologi pengecasan pantas 30W boleh mengecas penuh selama 64 minit sahaja.

Semak spesifikasi asas Xiaomi Mi Note 10 Lite seperti di bawah.

Xiaomi Mi Note 10 Lite

Ia akan mula dipasarkan secara global bermula pertengahan bulan Mei manakala maklumat keberadaannya di Malaysia akan dimaklumkan kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Mi Note 10 Lite ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version