Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Note 10 Lite dipercayai melepasi SIRIM, peranti berkamera penta dengan harga lebih murah

Terkini, sebuah perkongsian telah dimuat naik di laman Twitter berkenaan sebuah peranti Xiaomi yang telah melepasi kelulusan SIRIM. Peranti yang telah melepasi kelulusan SIRIM kali ini dipercayai adalah Xiaomi Mi Note 10 Lite.

Kami tidak mempunyai maklumat rasmi untuk Xiaomi Mi Note 10 Lite. Walau bagaimanapun, sumber terdahulu melaporkan peranti ini bakal hadir dengan paparan lengkung OLED dengan takuk titisan air (waterdrop) yang berukuran 6.47 inci, bateri 5260mAh bersama pengecasan pantas 30W dan cipset Snapdragon 730G (sama dengan Xiaomi Mi Note 10).

Apa yang berbeza dengan Xiaomi Mi Note 10 adalah mungkin dari segi kameranya. Mi Note 10 Lite dikatakan bakal dihuni tetapan kamera utama 64MP + 8MP + 8MP + 5MP + 2MP.

Apa pun, satu-satunya yang pasti adalah ianya sudah melepasi kelulusan SIRIM. Untuk spesifikasi yang rasmi, kami akan memaklumkan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Kekal bersama kami untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: @KevinNgTK | Gizchina

Exit mobile version