Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Pad 5 dikhabarkan akan tiba seawal Julai ini!

Sebelum ini, salah satu model dari siri Xiaomi Mi Pad 5 telah dikesan dengan bateri sebesar 8,520mAh. Kini, sumber baru pula menyatakan bahawa tablet Xiaomi ini mungkin akan tiba seawal bulan Julai ini.

Di media sosial Weibo, pengarah produk Redmi memberitahu bahawa Mi Pad 5 tidak akan dilancarkan pada bulan ini tetapi pada separa kedua tahun ini (H2 2021). Ini bermakna tablet Xiaomi mungkin akan masuk ke pasaran seawal bulan Julai ini.

Siri Mi Pad 5 dikhabarkan akan bersaing dengan Apple iPad, Samsung Galaxy Tab dan juga HUAWEI MediaPad. Khabar angin menyatakan bahawa Xiaomi mungkin akan lancarkan versi Pro untuk tablet ini. Mi Pad 5 Pro mungkin hadir dengan skrin 2K LCD, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 240Hz.

Sumber sebelum ini menunjukkan reka bentuk Mi Pad 5 yang mempunyai rekaan kamera yang sama seperti Mi 11. Mi Pad 5 mungkin akan dikuasai oleh Snapdragon 870 manakala versi Pro dengan Mediatek Dimensity 1200.

Kali terakhir Xiaomi melancarkan tablet mereka adalah pada tahun 2018 yang lalu.

Adakah anda meminati tablet baru Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version