Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Pad 5, Mi Mix 4 dan Mi CC 11 dapat pengiktirafan China, pengecasan sehingga 120W

Badan pengiktirafan Compulsory Certification of China (3C) telah mengeluarkan pengiktirafan untuk beberapa produk Xiaomi yang turut menyenaraikan spesifikasinya secara ringkas. Antara produk yang diiktiraf adalah tablet Xiaomi Mi Pad 5 dengan nombor model M2105K81AC dan M2105K81C.

Kedua-dua varian bakal menyokong pengecasan pantas sehingga 67W, manakala satu lagi varian dengan nombor model 21051182C pula mempunyai pengecasan 33W sahaja. Varian M2105K81C pula boleh disambungkan dengan rangkaian 5G, menjadikannya tablet Xiaomi pertama yang menyokong rangkaian tersebut.

Satu varian Mi Pad 5 dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, skrin Full HD+ 120Hz berukuran 11 inci dan kamera utama 48MP manakala varian yang lebih rendah pula akan dilengkapi Snapdragon 860 dan kamera utama 12MP.

Untuk telefon pintar pula, Mi Mix 4 dengan nombor model 2105118C telah diiktiraf dengan pengecasan pantas 120W. Sebuah lagi telefon pintar, Mi CC 11 dengan nombor model (2107119DC), dilihat menyokong pengecasan 33W.

Semua produk di atas dijangka akan dilancar pada bulan Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version