Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Pad 6 sedang dalam pembikinan, mungkin hadir dengan prestasi kamera lebih padu

Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan beberapa peranti baru mereka dalam beberapa minggu yang akan datang termasuklah tablet Mi Pad 5. Walaupun tablet baru ini belum lagi dilancarkan, kini butiran mengenai generasi barunya Mi Pad 6 telah muncul dalam talian.

Terbaru, sumber dalam talian memberitahu bahawa Xiaomi telah mula menghasilkan generasi baru tablet mereka, Mi Pad 6. Tablet ini dikatakan akan menfokuskan kepada prestasi kameranya. Walau bagaimanapun, spesifikasinya masih lagi belum diketahui lagi.

Bercakap mengenai Mi Pad 5 pula, peranti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebelum ini, ia telah tertiris dengan bateri 8,720mAh dan skrin OLED 120Hz.

Selain itu, ia juga mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 yang menyokong jaringan 5G.

Imej janaan Mi Pad 5

Adakah menantikan tablet jenama Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version