Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Power Bank 3 30,000mAh versi cas pantas 18W dilancarkan, berharga (~RM101)

Terkini, Xiaomi telah melancarkan salah satu daripada siri Mi Power Bank 3 di pasaran China. Versi terbaru ini ialah Mi Power Bank 3 versi sokongan pengecasan pantas 18W dengan penambahan kapasiti bateri, berharga 169 Yuan (~RM101).

Terdahulu, Mi Power Bank 3 dengan kapasiti 20,000mAh telah dilancarkan pada tahun lepas. Ia menyokong pengecasan pantas sehingga 50W. Versi terbaru Mi Power Bank 3 ini bukan sekadar tampil dengan pengecasan pantas 18W sahaja, tetapi dengan penambahan kapasiti bateri sehingga 30,000mAh.

Menurut Xiaomi, ia dikatakan boleh bertahan sehingga 10 hari, Ia juga boleh mengecas peranti Redmi K30 Pro sehingga 4.5 kali dan iPhone SE sehingga 10.5 kali. Pek kuasa ini bersesuaian untuk mengecas pelbagai peranti melalui port USB-A atau USB-C yang hadir. Terdapat port USB-C berlainan dengan input 24W untuk mengecas power bank ini.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi berkenaan keberadaannya di pasaran Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version