Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan harga rasmi Xiaomi Mi Smart Band 5 di pasaran Malaysia. Dengan pelbagai spesifikasi yang dipertingkatkan berbanding model terdahulu, ia hanya dijual dengan harga RM169.
Sepintas lalu, Xiaomi Mi Smart Band 5 dilengkapi skrin sentuh AMOLED berukuran 1.1 inci dan 65 tema yang boleh dipilih mengikut citarasa pengguna. Selain itu, ia datang dengan pelbagai sensor yang membenarkannya untuk mengesan gerakan 11 jenis sukan termasuk yoga, mendayung bot, lompat tali dan banyak lagi.
Di samping itu, terdapat juga pengukur tahap oksigen SpO2, penjejak kitaran haid, pengukur degupan jantung dan shutter kawalan jauh untuk memudahkan mengambil gambar.
Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM169 sahaja bermula pada 24 Julai 2020 secara atas talian melalui Lazada dan Shopee rasmi Xiaomi.
Adakah anda sudah menjadi pemakai siri Xiaomi Mi Smart Band terdahulu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

