Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Smart Band 6 dijual secara rasmi di Malaysia 25 April ini, berharga RM189

Beberapa minggu lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi Smart Band 6 di China bersama Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra. Kini, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan tarikh kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia iaitu pada 25 April.

Peranti boleh pakai pintar ini akan dijual pada tanda harga RM189 di kedai dalam talian Lazada dan Shopee, kedai fizikal Mi Store dan peruncit sah di seluruh Malaysia. Beberapa warna baru untuk tali peranti ini pula akan dijual secara berasingan pada tarikh yang akan datang.

Mi Smart Band 6 hadir dengan skrin sentuh 1.56 inci dan dilengkapi 30 mod sukan termasuklah HIIT, regangan (stretching), Zumba dan lain-lain. Peranti ini juga hadir dengan ciri kalis air 5 ATM, jadi anda boleh menggunakannya ketika melakukan aktiviti air seperti berenang.

Mi Smart Band 6 juga dilengkapi ciri pengawalan kesihatan seperti pengesanan tahap oksigen darah SpO2, pengecasan kadar degupan jantung dan pengesanan tidur yang ditambah baik. Selain dari itu, peranti ini mampu untuk bertahan sehingga 14 hari dengan bateri yang penuh.

Nantikan berita baru mengenai peranti Xiaomi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version