Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi TV Q1 75 inci dilancar: Sokongan 4K UHD QLED, 120Hz berharga ~RM6,362

Selain dari pelancaran Xiaomi Mi 11 semalam, Xiaomi turut melancarkan Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team dan Mi TV Q1 75 inci di pasaran global. Mi TV Q1 75 inci ialah sebuah TV 75 inci dengan resolusi 4K yang agak berpatutan harganya jika dibandingkan dengan TV berkriteria sama yang lain.

Mi TV Q1 75 inci ini dilengkapi paparan 75 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, 4K UHD dan janaan cipset MediaTek MT9611. Sebagai TV yang dioperasikan Android 11, Mi Q1 TV 75 inci ini diintegrasikan bersama Chromecast dan Google Assistant.

Selain itu, ia turut menyokong Dolby Vision, Dolby Audio, HDR 10+ dan mod latensi rendah automatik. Mi TV Q1 memiliki sokongan Bluetooth 5.0, 3x port HDMI dan 2x port USB. Lebih menarik, alat kawalan yang dibekalkan bersama mempunyai fungsi baharu seperti Mi Quick Mute, Mi Quick Settings dan Mi Quick Wakeup.

Mi Q1 TV 75 inci ini dilancar dengan harga 1299 Euro (~RM6,362) untuk pasaran global. Kami masih tidak mendapat maklumat mengenai kehadiran dan harganya di Malaysia. Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version