Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition dilancar: AMOLED 1.39 inci, GPS, NFC bermula ~RM432

Xiaomi kini telah melancarkan Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition di pasaran China dengan penawaran spesifikasi berfokuskan kesihatan dan senaman. Jam tangan pintar ini hadir dengan harga 699 Yuan (~RM432).

Menurut maklumat pelancarannya, Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition dilengkapi paparan AMOLED 1.39 inci, sokongan GPS dan NFC. Dengan berat seringan 32.5g, ia tampil dengan enam pilihan warna tali jam dan tiga pilihan warna bezel.

Antara spesifikasi lain yang hadir adalah 117 mod sukan dan ciri tahan air yang mampu bertahan sedalam 50m. Ia juga dilengkapi ciri penjejakan kesihatan seperti sensor degup jantung, penjejak oksigen dalam darah dan menganalisis kualiti tidur anda. Ketahanan baterinya pula dilaporkan mampu bertahan sehingga 16 hari.

Mi Watch Color Sports Edition bakal hadir di pasaran China dengan harga 699 Yuan (~RM432). Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika ianya akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi Watch Color Sports Edition ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version