Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Watch Lite bakal hadir dengan harga lebih murah dari Mi Watch

Terkini, sumber telah mendedahkan penyenaraian Xiaomi Mi Watch Lite Federal Communications Commission (FCC) sebelum pelancarannya. Dengan membawa imej jam tangan pintar versi Lite, kita sudah boleh menjangkakan ia bakal hadir dengan harga lebih murah.

Menurut penyenaraian, Xiaomi Mi Watch Lite akan dilengkapi paparan HD 1.41 inci, GPS terbina dalam, mod senaman, ciri tahan air dan pengesanan degup jantung 24 jam. Mi Watch Lite turut bakal hadir dengan rekaan paparan petak yang berbeza berbanding dengan paparan bulat Mi Watch.

Dengan perbezaan spesifikasi yang ketara ini, Mi Watch Lite diramal hadir dengan harga lebih murah berbanding Mi Watch. Sepintas lalu, Mi Watch dengan paparan AMOLED 1.39 inci, bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari, sokongan 5 ATM, GPS, sensor degup jantung, 117 mod senaman dan banyak lagi akan tersedia di Malaysia pada Disember 2020 ini.

Mengenai Mi Watch Lite pula, kami masih ketiadaan maklumat mengenai tarikh pelancarannya yang rasmi. Apakah pendapat anda mengenai Mi Watch Lite? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version