Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Watch Lite rasmi di Malaysia: Skrin 1.9 inci, bateri tahan 9 hari berharga RM199

Semalam, Xiaomi telah mengumumkan maklumat pra-tempah untuk Xiaomi Mi Watch Lite di pasaran Malaysia. Dengan ini, Mi Watch Lite telah diumumkan dan anda boleh mula membuat pra-tempah pada 17 Disember, manakala jualannya bakal bermula pada 20 Disember 2020.

Mi Watch Lite hadir dengan paparan 1.4 inci beresolusi 320 x 320, bersama 5 latar belakang. Ia dilengkapi bateri 230mAh yang mampu bertahan sehingga 9 hari melalui 2 jam pengecasan. Jam tangan pintar ini turut lengkap dengan fungsi tahap kecerahan automatik, GPS terbina dalam, fungsi tekanan udara dan altitud, serta monitor degup jantung.

Untuk ciri, Mi Watch Lite hadir dengan 11 mod senaman berbeza seperti larian, berenang dan banyak lagi. Selain monitor degup jantung, anda juga boleh melihat corak waktu tidur anda.

Mi Watch Lite boleh didapati dalam lima pilihan warna; Hitam, Biru, Hijau, Putih dan Merah Jambu bersama tali jam yang mudah untuk ditukar. Anda boleh membuat pra-tempah di Lazada pada 17 Disember (1 hari sahaja) berharga RM199. Namun, harga asal jam ini adalah RM249 yang akan dijual bermula pada 20 Disember melalui pengedar sah Xiaomi, Lazada dan Mi Store.

Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi Watch Lite? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version