Site icon TechNave BM

Xiaomi Mijia Air Conditioner Pro Eco dilancar di Malaysia: Penghawa dingin pertama Xiaomi, bermula RM1,699

Xiaomi Malaysia meluaskan lagi rangkaian produknya kali ini dengan mengumumkan penghawa dingin pertama untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Mijia Air Conditioner Pro Eco. Penghawa dingin ini mempunyai rating Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF) sebanyak 5.97 yang bermaksud ia mempunyai kecekapan tenaga yang sangat tinggi.

Ia menyediakan mod penyejukan pantas 30 saat bagi menurunkan suhu bilik sepantas 30 saat sahaja, dengan impeller diameter besar yang menyediakan tiupan angin sejuk, manakala mod Turbo pula mengaktifkan kelajuan kipas maksiumum untuk menyejukkan bilik dengan lebih pantas.

Jika anda inginkan aliran udara yang lembut, penghawa dingin ini mempunyai bilah hayun (swing blades) dan lubang mikro yang akan menggerakkan udara supaya ia tidak terus dihalakan kepada anda.

Ia mempunyai mod Mijia AI Energy Saving yang menggunakan enjin AI berasaskan awanan untuk menyediakan udara sejuk sambil mengekalkan kecekapan tenaga yang tinggi.

Anda boleh kawal penghawa dingin ini dengan aplikasi Xiaomi Home dalam telefon pintar. Aplikasi ini boleh semak status penghawa dingin, penggunaan bateri, tahap kebersihan udara, corak tidur, pelarasan suhu dan banyak lagi ukuran.

Ia juga mempunyai beberapa fungsi pembersihan sendiri (self-cleaning) untuk moisture permeation, rapid frost formation serta melt and rinse. Ia akan memberi notifikasi berkala untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya untuk penapis udara (filter).

Mijia Air Conditioner Pro Eco akan dijual di Malaysia dalam dua varian:

Harga promosi awal ini boleh didapati sebelum 6 April 2025 dan ia boleh dibeli di Xiaomi Store IPC Shopping Centre, laman web Xiaomi dan laman rasmi Xiaomi dalam Lazada.

Dengan setiap pembelian Mijia Air Conditioner Pro Eco, anda akan menerima waranti umum selama tiga tahun, serta waranti untuk pemampat (compressor) selama 10 tahun. Selain itu, anda juga akan menerima Xiaomi Smart Multifunctional Rice Cooker (bernilai RM279) sementara stok masih ada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan penghawa dingin ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version