Site icon TechNave BM

Xiaomi Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg dilancar di Malaysia, bermula RM1,499

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan mesin basuh dan pengering (2-dalam-1) Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg yang menampilkan prestasi basuh-dan-kering yang berkuasa, perlindungan kebersihan yang tinggi dan rekaan minimalis.

Mesin basuh ini menyokong berat basuhan (washing capacity) sebanyak 10.5kg dan berat keringan (drying capacity) sebanyak 7kg. Ia mempunyai dram besar dengan kapasiti 525mm3 yang menggunakan sistem Power Wash untuk membasuh baju anda dengan mendalam.

Ia menawarkan 32 program membasuh yang boleh diubahsuai, termasuklah kitaran Quick Wash & Dry selama 59 minit, bagi menyediakan program yang paling sesuai untuk sebarang jenis kain. Ia juga mempunyai pengesan berat pintar (intelligent load detection) dan pengeringan pintar (smart drying) bagi memastikan prestasi tinggi dan penggunaan yang jimat tenaga.

Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah wap suhu tinggi, pembersihan dram, pembasmian kuman dan bakteria sebanyak 99.99% serta pembasmian kutu debu sebanyak 100%. Ia juga boleh disepadukan dengan aplikasi Xiaomi Home pada telefon pintar untuk meneliti status basuhan anda.

Ia mempunyai motor putaran yang dihubungkan terus kepada dram tanpa sebarang tali sawat, menjadikannya lebih senyap berbanding mesin basuh lain serta mengurangkan komponen-komponen bergerak (moving parts) yang boleh menyebabkan kerosakan.

Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg akan dijual di Malaysia bermula 7 Ogos 2025 pada harga RM2,299. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai rasmi Xiaomi, laman web Xiaomi dan Lazada. Anda juga boleh dapatkan harga awal sejumlah RM1,499 untuk masa terhad. Selain itu, selepas 14 Ogos, anda boleh belinya daripada Shopee.

Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma (dalam Semenanjung Malaysia), jaminan 2 tahun dan jaminan motor selama 12 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mesin basuh ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version