Site icon TechNave BM

Xiaomi Mix Fold 2 mungkin tampilkan paparan dalaman 120Hz dan tambahan fungsi luaran

Menurut sumber dari Weibo, Xiaomi dikatakan akan membawa versi Xiaomi Mix Fold 2 dengan paparan yang dipertingkatkan berbanding Mix Fold semasa. Ia mungkin menampilkan paparan dalam yang menyokong kadar penyegaran 120Hz seperti paparan luaran.

Mix 2 Fold akan kelihatan sama dengan HONOR Magic V dan tambahan fungsi lain pada paparan luarannya. Magic V mempunyai paparan luar 21:9 dan paparan dalaman 10.3:9  yang  dibahagi daripada dua bahagian kira-kira dalam nisbah 21:9.

Ia mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin utama Ultra Thin Glass Samsung. Kami menjangkakan Xiaomi akan memperkenalkan Mix 2 Fold pada pengaal pertama tahun ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version