Site icon TechNave BM

Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancar pada 14 Ogos 2023

Xiaomi Mix Fold 3 telah menjadi khabar angin untuk seketika dan kini, syarikat itu telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon lipat ini ypada Isnin depan, 14 Ogos 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun telah berkongsi poster pengumuman di Twitter yang turut mendedahkan empat kamera di bahagian belakang peranti. Sudah pasti, kameranya membawa sokongan Leica. Acara pelancaran akan distrim dalam talian pada 7:00 malam GMT +8 pada 14 Ogos.

Poster turut menunjukkan dimensi dan ketebalan peranti. Namun, adakah ia lebih nipis berbanding Samsung Galaxy Z Fold5? Lei Jun berkongsi paparan rasmi Mix Fold 3 termasuk varian dalam warna kuning air sambil menyatakan peranti tersebut adalah langsing, elegan dan premium.

Lei Jun mendakwa bahawa Mix Fold 3 “mentakrifkan standard baharu untuk paparan boleh lipat” dan kami pasti tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti itu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version