Site icon TechNave BM

Xiaomi mungkin akan lancarkan Redmi Note 10 Pro 5G, dilengkapi cipset SD 750G!

Terbaru, sumber dalam talian memberitahu bahawa Xiaomi mungkin akan melancarkan satu lagi model dari siri Redmi Note 10 mereka iaitu Redmi Note 10 Pro 5G. Berdasarkan namanya, peranti ini akan hadir dengan cipset yang menyokong jaringan 5G.

Sumber menyatakan bahawa model ini akan menggunakan cipset 5G buatan Snapdragon iaitu Snapdragon 750G, berbeza dengan Redmi Note 10 5G yang dilengkapi cipset dari Mediatek (Dimensity 700 5G). Peranti baru ini dikhabarkan akan mengekalkan ciri-ciri lain yang ada pada versi 4G.

Berikut adalah spesifikasi Redmi Note 10 Pro 4G :

Nantikan berita lanjut mengenai Redmi Note 10 Pro 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version