Site icon TechNave BM

Telefon Xiaomi mampu milik dengan kamera 108MP mungkin terdapat dalam dua varian utama

Buat masa ini, kamera 108MP masih lagi dihadkan kepada telefon-telefon flagship, namun perkara tersebut mungkin akan berubah kelak. Xiaomi mungkin akan menghasilkan telefon kelas pertengahan yang dilengkapi sensor kamera 108MP itu dalam masa terdekat.

Menurut sumber, siri telefon yang masih dalam pembangunan itu diberikan kod nama Gauguin dan kod nombor M2007J17C, jadi ia mungkin jatuh dalam penjenamaan Redmi. Siri telefon ini terdapat dalam dua varian, Gauguin dan Gauguin Pro, di mana kamera 108MP dijangka akan terdapat dalam varian Pro manakala varian biasa akan dilengkapi kamera 64MP sahaja.

Sebelum ini, sumber yang sama mengatakan siri telefon tersebut hanya terdapat dalam satu varian utama; kini beliau menjelaskan bahawa ada varian biasa dan Pro. Tidak banyak yang diketahui tentang peranti ini. Ia mungkin adalah siri Redmi Note 10 yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi namun ini hanyalah spekulasi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version