Site icon TechNave BM

Xiaomi mungkin akan lancarkan tiga lagi telefon pintar dengan cipset Snapdragon 870

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan beberapa telefon andalan mereka yang dikuasai oleh cipset Snapdragon 870 seperti Mi 10S dan Redmi K40. Kini, sumber menyatakan bahawa Xiaomi mungkin untuk melancarkan tiga lagi peranti baru yang bakal menggunakan cipset ini.

Namun, informasi mengenai peranti ini masih lagi belum diketahui. Cipset Snapdragon 870 ini mempunyai permintaan yang tinggi kerana ia dapat menawarkan prestasi yang tinggi dengan harga yang lebih murah. Dengan kata yang mudah, ia adalah cipset untuk ‘pembunuh andalan’ (flagship killers).

Cipset Snapdragon 870

Cipset Snapdragon 870 dibina atas platform 7nm dan ia adalah versi overclocked oleh cipset Snapdragon 865 Plus. Ini hadir dengan CPU Kryo 585 berteras 3.2Ghz dan GPU Adreno 650. Selain itu, ia menggunakan modem Snapdragon X55 5G dan menyokong Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6 dan Quick Charge 4+.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti baru Xiaomi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version