Pada hari ini, Xiaomi telah perkenalkan teknologi pengecasan pantas wayarles terbaru mereka yang mempunyai kelajuan setinggi 80W. Pengecasan wayarles 80W ini adalah pengecasan wayarles yang terpantas di dunia buat masa ini.
Mengikut Xiaomi, pengecasan wayarles 80W ini dapat mengecas sebuah bateri telefon 4,000mAh dari 0% sehingga 50% dalam masa 8 minit sahaja. Manakala untuk pengecasan penuh bateri itu, ia mengambil masa sehingga 19 minit sahaja.
Telefon pertama Xiaomi dengan teknologi cas wayarles adalah Mi MIX 2S yang hanya menyokong sehingga kelajuan 7.5W. Selang dua tahun kemudian, pada bulan lapan tahun ini, Xiaomi pula perkenalkan telefon Xiaomi Mi 10 Ultra yang menyokong pengecasan wayarles sehingga 50W.
Adakah anda teruja dengan teknologi baru dari Xiaomi ini? Kongsikan pendapat anda dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

