Site icon TechNave BM

Xiaomi mungkin lancarkan Redmi 9 dengan Helio G70 pada Jun ini

Masihkah anda ingat pada Xiaomi Redmi 8? Penawaran peranti dengan harga berpatutan ini mungkin kembali lagi dengan pelopor seterusnya Redmi 9. Hal ini kerana terdapat bukti-bukti awal sahih tentang kewujudan Redmi 9. Sumber turut menjangkakan pelancarannya pada waktu terdekat.

Salah satu bukti awal kewujudannya adalah dalam penyenaraian Bluetooth SIG. Selain itu, Redmi 9 juga telah dilihat muncul di platform pengesahan NBTC di Thailand dan beberapa tempat lain termasuklah FCC di Amerika Syarikat (AS). Kemunculannya di tempat yang dinyatakan juga mendedahkan bahawa Redmi 9 bakal dioperasikan Android 10 dan MIUI 11.

Dokumen FCC membuka tirai spesifikasi dengan pendedahan skrin berukuran lebih kurang 6.6 inci, bateri 5020mAh dan pengecasan 10W. Perlu diingatkan bahaw spesifikasi ini bukan spesifikasi rasmi. Mungkin juga Redmi 9 bakal dilengkapi sokongan pengecasan pantas memandangkan Redmi 8 mempunyai pengecasan pantas 18W.

Sumber menjangkakan Redmi 9 bakal dihuni cipset MediaTek Helio G70 dengan RAM 6GB, bersama tetapan kamera quad. Apa pun, kesemua spesifikasi yang dinyatakan adalah tidak rasmi. Namun, berikutan bayangnya yang telah muncul kemungkinan akan terdapat spesifikasi bocor pada hari-hari yang seterusnya sebelum pelancarannya yang dijangka berlaku seawal Jun ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version