Site icon TechNave BM

Xiaomi mungkin sedang menghasilkan telefon pintar boleh lipat

Berdasarkan beberapa gambar daripada Let’s Go Digital, Xiaomi mungkin sedang mengerjakan paten untuk sebuah telefon pintar lipat yang turut mempunyai modul kamera yang boleh diputar di atasnya.

Berdasarkan gambar paten, anda boleh lihat mekanisme lipatnya yang serupa dengan Samsung Galaxy Z Flip atau Motorola Razr, dengan tambahan sebuah blok kamera yang boleh diputar di bahagian atas skrin.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pendaftaran paten tidak bermakna Xiaomi akan menghasilkannya. Syarikat-syarikat elektronik memang kerap mendaftarkan paten yang tidak semestinya dibawa ke proses pengilangan.

Bina atau tidak, pastinya ini adalah satu rekaan yang menarik. Konsi pendapat anda tentang paten ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lets Go Digital (bahasa Belanda)

Exit mobile version