Site icon TechNave BM

Xiaomi Notebook Pro 14/15 dilancar: Komputer riba dengan skrin OLED 3.5K 120Hz bermula ~RM3,347

Selain melancarkan Mi MIX Fold pada hari ini, Xiaomi turut melancarkan komputer riba Notebook Pro 14 dan Notebook Pro 15 di China. Komputer ini bakal dilengkapi cipset Intel Core i7-11370H atau i5-11300H dan pemproses unit grafik NVIDIA GeForce MX450 atau Intel Iris Xe HD.

Daripada segi skrin, Notebook Pro 14 akan dilengkapi paparan OLED 120Hz 14 inci dengan resolusi 2.5K Super Retina manakala Notebook Pro 15 dilengkapi skrin OLED 120Hz 15.6 inci dengan resolusi 3.5K. Kedua-dua skrin mempunyai nisbah aspek 16:10 dan ketepatan warna yang tinggi termasuk DCI-P3 100% dan nilai Delta E≈1 serta nisbah kontras 1,000,000:1.

Daripada segi luaran, badannya dibuat daripada aluminium dengan gred aeroangkasa manakala komponennya terdiri daripada papan kekunci dengan cahaya latar (backlight), butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari, port Thunderbolt 4 dan port USB-C.

Komputer ini menyokong pengecasan 100W, rangkaian WiFi 6, sambungan PCIe 4.0, Xiao AI dan sistem operasi MIUI+ untuk penggunaan mudah dengan telefon pintar. Untuk perisian, ia akan dilengkapi Windows 10 Home Chinese Edition, Microsoft Office Home and Student Edition.

Berikut adalah harga untuk Xiaomi Notebook Pro:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version