Site icon TechNave BM

Xiaomi Pad 5 dilancar: Tablet dengan skrin 11 inci 120Hz, cipset Snapdragon 860 bermula ~RM1,715

Dalam sebuah acara pelancaran utama pada hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan tablet Xiaomi Pad 5 yang dilengkapi skrin berukuran 11 inci dengan resolusi WQHD+, nisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik. Ia menyokong teknologi Dolby Vision dan menyokong gamut warna DCI-P3 untuk hasilkan sehingga sebilion warna.

Skrin tablet ini turut menyokong penggunaan stilus Xiaomi Smart Pen untuk menulis nota, mengambil screenshot atau tukar mod di antara pen dengan pemadam. Stilus tersebut mempunyai 4,096 titik sensitiviti tekanan dengan kadar bacaan sentuhan 240Hz dan berat 12.2 gram.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi Pad 5:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version