Site icon TechNave BM

Xiaomi Pad 6 muncul di pensijilan EEC, bakal dilancar Ogos 2022

Siri Pad Xiaomi mungkin akan mendapat kemas kini tidak lama lagi kerana terdapat laporan bahawa Xiaomi Pad 6 yang akan datang telah dikesan mendapat pensijilan oleh Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEC).

Berdasarkan butiran pensijilan, Xiaomi memohon pensijilan pada 13 Mei 2022 dan ia diluluskan beberapa minggu kemudian pada 25 Mei 2022. Seperti yang dilaporkan, peranti itu didaftarkan di bawah nombor model ‘22081283G’ yang memberi petunjuk bila ia akan dikeluarkan.

4 digit pertama (2208) biasanya merupakan tarikh anggaran keluaran peranti yang mendapat pensijilan EEC. Oleh itu, kita mungkin akan melihat Pad 6 seawal Ogos tahun ini. Laporan itu seterusnya mendakwa bahawa Xiaomi mungkin akan memperkenalkan 3 tablet lain selain Pad 6 tahun ini.

Ia termasuk Xiaomid Pad 6 Pro, Xiaomi Pad 6 Pro 5G dan Redmi Pad. Tiada maklumat lanjut dikongsi dalam pensijilan EEC walaupun berdasarkan khabar angin sebelum ini bahawa Redmi Pad akan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 870.

Sementara itu, Pad 6 mungkin menampilkan cipset MediaTek yang lebih pantas. Apa pendapat anda tentang barisan Xiaomi Pad terbaharu? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Xiaomiui

Exit mobile version