Xiaomi telahmelancarkan Xiaomi Pad Mini di Malaysia, menandakan kemasukan pertama tablet mini jenama itu untuk pasaran tempatan. Direka untuk pengguna kreatif dan profesional yang mahukan peranti ringan serta mudah alih, Pad Mini menampilkan paparan 8.8 inci 3K, binaan logam ergonomik dan pelbagai ciri AI untuk produktiviti harian.
Dikuasakan cip Mediatek Dimensity 9400+ berasaskan proses 3nm, Xiaomi Pad Mini menjanjikan prestasi berkuasa dengan kecekapan tinggi. Ia hadir dengan bateri besar 7,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge dan fungsi pengecasan terbalik 18W. Pengguna juga mendapat sokongan Xiaomi Focus Pen untuk pengalaman menulis yang semula jadi serta Xiaomi Pad Mini Cover yang disertakan percuma.
Ditawarkan pada harga RM2,299, Xiaomi Pad Mini kini boleh dimiliki dengan promosi Early Bird RM1,999 dengan konfigurasi 12GB RAM + 512GB storan dalam warna kelabu, Xiaomi Pad Mini kini boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi terpilih seperti TRX, IPC dan Paradigm Mall, selain di mi.com serta stor rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.
Spesifikasi Xiaomi Pad Mini (ringkas):
- Paparan 8.8” 3K (3008 x 1880), kadar segar semula 165Hz adaptive refresh rate, kecerahan 700-nit, Dolby Vision
- Unibody logam, 132.03mm lebar, nisbah 16:10, ringan & ergonomik
- Audio: Dua pembesar suara stereo, Dolby Atmos
- Cipset: Mediatek Dimensity 9400+ (3nm)
- Bateri: 7500mAh, 67W HyperCharge, pengecasan terbalik 18W
- Port: Dua Jenis-C (USB 3.2 Gen 1 di sisi panjang)
- AI & produktiviti: Xiaomi HyperAI (AI Writing, AI Speech Recognition, AI Interpreter, AI Art, AI Calculator), Google Gemini, Circle to Search
- Aksesori: Xiaomi Focus Pen (low latency, high sensitivity), Xiaomi Pad Mini Cover (percuma, bernilai RM299)
- Harga: RM2,299 (12GB + 512GB, warna Gray)
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

