Site icon TechNave BM

Xiaomi pamer teknologi kamera tersembunyi bawah skrin untuk peranti tahun 2021

Kami pasti anda ada mendengar ura-ura mengenai skrin telefon pintar dengan teknologi kamera yang tersembunyi sebelum ini. Kini, ia bukan lagi ura-ura memandangkan ZTE Axon 20 5G mengacah kehadiran teknologi ini. Xiaomi turut mempamerkan teknologi ini melalui sebuah perantinya.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi mempamerkan teknologi kamera tersembunyi di bawah skrin ini menggunakan Xiaomi Mi 10 Ultra edisi khas. Perbandingan telah dibuat dengan Xiaomi Mi 10 Ultra biasa yang dilengkapi rekaan srin berlubang.

Apa yang dapat dilihat adalan prestasi skrin yang lebih lancar pada Xiaomi Mi 10 Ultra edisi khas, bermula dari menyahkunci peranti sehingga ke pembukaan aplikasi. Jangan terpedaya dengan skrin tanpa takuk atau skrin berlubang kerana terdapat kamera di bawah skrin yang tersembunyi, membenarkan anda untuk berswafoto seperti biasa!

Menurut Xiaomi, teknologi kamera di bawah skrin ini sudah mencapai tahap kebolehgunaan yang baik, jadi ianya bakal dihasilkan pada suku pertama tahun 2021. Sudahkah anda bersedia untuk teknologi baharu ini?

Untuk pengetahuan anda, ZTE Axon 20 5G dengan teknologi sama bakal dilancarkan pada 1 September 2020 ini. Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IceUniverse

Exit mobile version