Site icon TechNave BM

Xiaomi patenkan teknologi yang boleh mengesan bateri kembung

Sebelum penggunaan bateri dalaman (in-built battery) beberapa tahun yang lalu, antara masalah utama bateri telefon pintar adalah bateri yang semakin kembung. Ini berlaku disebabkan oleh penuaan bateri dan juga risiko bateri yang lain.

Terbaru, permohonan paten dari Xiaomi pada tahun 2017 mengenai penjagaan bateri telah diluluskan. Paten ini dihasilkan oleh Xiaomi pada empat tahun yang lepas untuk mengesan bateri yang kembung dan memberi amaran kepada pengguna.

Paten ini merangkumi penutup belakang bateri, rangka bateri, seramik piezoelektrik dan litar pengesanan arus. Apabila seramik piezoelektrik ini menghasilkan insyarat arus, ia akan memberitahu tahap pengembungan bateri yang melebihi had pengembungan.

Dengan teknologi ini, pengguna boleh mengurangkan risiko pengembungan bateri litium yang berlebihan.

Namun, teknologi ini mungkin kurang penting pada waktu kini kerana bateri litium telefon pintar sudah menggunakan bateri litium polimer yang lebih nipis dan lebih selamat.

Adakah anda pernah mengalami masalah bateri kembung? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version