Site icon TechNave BM

Xiaomi patenkan telefon boleh lipat dengan dua kamera dan skrin pintar

Xiaomi telah menghasilkan Mi Mix Fold sebelum ini, dan kini ia merancang untuk menambah sebuah lagi telefon pintar boleh dilipat dengan reka bentuk kulit kerang. Syarikat itu mematenkan peranti di CNIPA (Persatuan Harta Intelek Kebangsaan China) dengan reka bentuk yang serupa dengan telefon Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Flip.

Telefon boleh lipat baharu ini juga akan mempunyai lubang tebuk (punch hole) berbentuk pil pada skrin yang menempatkan dua kamera swafoto. Bahagian bawahnya mempunyai slot SIM, USB-C dan pembesar suara manakala butang kuasa dan butang pembesar suara berada di sebelah kanan.

Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Xiaomi turut serta dalam menghasilkan telefon yang boleh dilipat kerana Motorola, Huawei dan Samsung sudah mempunyai produk dalam kategori ini. Xiaomi ingin membuktikan yang mereka juga mampu bersaing dalam segmen ini. Kami percaya telefon dengan reka bentuk ini bakal tiba tidak lama lagi.

Ianya juga tidak mungkin akan dilancarkan di acara Xiaomi pada hari ini. Kongsi pendapat anda tentang rekaan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mysmartprice

Exit mobile version