Site icon TechNave BM

Xiaomi perkenal Mi Air Charge, cas telefon atas angin tanpa sebarang wayar atau tempat pengecas!

Pada hari ini, Xiaomi telah perkenalkan cara baharu untuk mengecas telefon iaitu dengan teknologi Mi Air Charge. Teknologi ini adalah cara terbaru untuk mengecas peranti secara wayarles. Ia membolehkan pengguna untuk mengecas peranti mereka dari jauh tanpa sebarang wayar atau tempat pengecas.

Mi Air Charge ini berfungsi dengan cara pengesanan ruang dan penghantaran tenaga. Xiaomi telah menghasilkan cerucuk pengecas terpencil (isolated charging pile) dengan lima fasa antena yang dapat mengesan lokasi telefon pintar dengan tepat.

Untuk bahagian telefon pula, Xiaomi telah menghasilkan susuan antena miniatur yang dilengkapi “antena suar (beacon antenna)” dan “susunan antena penerimaan (receieving antenna array)”. Antena suar ini akan menerima informasi lokasi dengan penggunaan kuasa rendah. Ia juga mempunyai 14 antena yang dapat mengubah gelombang milimeter yang dikeluarkan dari cerucuk pengecas ke tenaga elekrik.

Buat masa ini, teknologi pengecasan dari jauh ini adalah sepantas 5W untuk sebuah peranti dalam jarak beberapa meter sahaja. Tambahan lagi, beberapa peranti boleh dicas secara serentak (setiap peranti sokong 5W). Lebih menarik lagi, halangan fizikal tidak akan mengurangkan kecekapan pengecasan.

Tidak lama lagi, teknologi ini bakal hadir pada peranti Xiaomi yang lain termasuklah jam tangan pintar, gelang dan peranti boleh pakai. Ini memudahkan Xiaomi untuk mencapai sasaran mereka untuk menghasilkan ruang rumah yang benar-benar wayarles (truly wireless).

Adakah anda teruja dengan inovasi teknologi yang hebat ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : blog Mi

Exit mobile version