Site icon TechNave BM

Xiaomi perkenalkan cermin mata pintar, mungkin dilancar bersama siri Xiaomi 11T

Xiaomi bakal melancarkan beberapa produk pada 15 September 2021 seperti siri telefon pintar Xiaomi 11T dan Xiaomi 11 5G New Edition (NE). Kini peminat Xiaomi boleh menjangkakan syarikat China itu untuk memperkenalkan sebuah peranti unik pada hari tersebut iaitu cermin mata pintar Xiaomi Smart Glasses.

Melalui sebuah ciapan di Twitter, Xiaomi telah berkongsi sebuah video pendek untuk cermin mata itu di mana mereka membayangkan sebuah masa depan yang tidak lagi memerlukan telefon pintar dan sebaliknya segala fungsi telefon boleh dipakejkan dalam sepasang cermin mata.

Kacanya dilengkapi paparan MicroLED berukuran 0.13 inci dengan keterangan 2 juta nits untuk memaparkan pelbagai jenis aplikasi, seperti pemesejan, panggilan telefon, pengemudian dan penterjemahan. Ia turut dilengkapi sebuah kamera untuk mengambil gambar.

Adakah anda berminat dengan cermin mata pintar? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version