Sejak kebekelakangan ini, kami mendapati kebanyakan syarikat sedang membangunkan penggunaan pengecasan wayarles magnetik. OPPO adalah antara yang pertama mendedahkan jenis teknologi ini untuk peranti Android dan kini, Xiaomi turut mengikuti pembangunan tersebut.
Semalam, Xiaomi memperkenalkan teknologi wayarles magnet baharunya menggunakan teknologi “kearuhan kecil + penyerapan magnetik” (small inductance + magnetic absorption) untuk menyampaikan pengecasan wayarles magnetik sehingga 50W. Ia juga mempunyai kurang 50% kehilangan tenaga membantu peranti daripada terlalu panas.
Selain itu, magnetnya cukup kuat melekat pada peranti seberat 800g. Xiaomi turut mendedahkan dua pengecas wayarles magnet baharu iaitu pengecas 30W boleh mengecas sepenuhnya pada bateri 5000mAh dalam masa 86 minit dan pengecas wayarles magnetik 50W yang mengurangkan masa cas semula kepada 49 minit. Pengecas 50W malah dilengkapi dengan penyejuk udara untuk mengelakkan pengecas daripada terlalu panas.
Kami menjangkakan Xiaomi juga akan melancarkan pek bateri wayarles magnet. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Notebook Check

