Site icon TechNave BM

Xiaomi perkenalkan telefon konsep dengan skrin melengkung 88° di setiap sudut

Terkini, Xiaomi telah mendedahkan sedikit pengenalan rasmi mengenai konsep teknologi terbarunya. Xiaomi memperkenalkan telefon konsep pertamanya dengan paparan air terjun kuad-lengkung.

Melalui paparan posternya, setiap sudut peranti dilitupi skrin melengkung iaitu di bahagian atas, bawah, kiri dan kanan. Sebelum ini, kita sudah biasa melihat skrin melengkung yang hanya melitupi bahagian kiri dan kanan peranti sahaja. Dengan paparan melengkung 88° di keempat-empat bahagian peranti, pengalaman tontonan anda pasti memuaskan.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/02/hBZt9V12lx07K839w0bS01041200eeeq0E010.mp4

Namun, litupan skrin lengkung ini tidak meliputi bahagian bucu telefon konsep. Agak mengujakan apabila melihat skrin melengkung pada bahagian atas skrin yang biasanya didiami rekaan takuk atau bezel.

Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version