Site icon TechNave BM

Xiaomi persembahkan skrin 144Hz untuk Redmi K30 5G

Walaupun telefon pintar Redmi K30 dilengkapi dengan skrin IPS LCD 120Hz, itu bukanlah frekuensi terpantas yang boleh dihasilkan oleh skrin peranti itu. Naib Presiden Xiaomi, Lu Weibing, telah memuat naik video yang menunjukkan sebuah Redmi K30 5G dengan skrin yang beroperasi sepantas 144Hz.

Namun, video itu hanyalah menunjukkan ujian makmal dan tidak menyatakan secara khusus jika syarikat itu akan menyediakan kemas kini yang akan menaikkan kadar segar semula (refresh rate) peranti itu. Buat masa ini, frekuensi yang tinggi akan meningkatkan penggunaan bateri telefon.

Buat rujukan, 144Hz adalah frekuensi yang selalunya terdapat dalam monitor gaming, manakala 120Hz adalah frekuensi yang biasa untuk skrin laptop.

Adakah anda menginginkan skrin telefon anda untuk mempunyai kadar segar semula yang tinggi? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version