Site icon TechNave BM

Xiaomi pun ingin jadi lebih mesra alam, tanpa membuang pengecas dalam kotak telefon

Siri iPhone 12 belum lagi dijual, namun sudah terkenal di kalangan pengguna sebagai telefon pintar Apple pertama yang tidak disertakan bersama pengecas dalam kotak, dengan alasan untuk menyelamatkan alam sekitar. Kini Xiaomi juga menyatakan ingin mencapat matlamat yang sama, namun syarikat China itu tidak merancang untuk membuang pengecas daripada dalam kotak telefon.

Sebaliknya, Xiaomi akan memenuhi hasrat mesra alamnya dengan mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 60% dalam pembungkusan produk mereka. Dalam sebuah ciapan, Xiaomi Mi 10T Lite bakal menjadi telefon pertama yang dibungkuskan seperti ini.

Xiaomi turut menyertakan gambar yang menunjukkan aksesori dalam kotak Mi 10T Lite, dibungkuskan tanpa plastik berlebihan. Selain menjadi lebih mesra alam, pengurangan plastik dalam kotak telefon juga akan menurunkan kos pengilangan untuk Xiaomi.

Apakah pendapat anda tentang langkah baru Xiaomi ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version