Site icon TechNave BM

Xiaomi rasmikan logo dan identiti baru, lebih estetik

Sejak dua hari lepas, acara pelancaran mega Xiaomi telah dilangsungkan dengan mengumumkan kehadiran barisan peranti terkini. Selain itu, Xiaomi semalam turut mengumumkan rekaan logo baru bersama identiti jenama baharu.

Sekali pandang, anda mungkin merasakan tiada perubahan pada logo Xiaomi. Sebenarnya, logo Xiaomi terbaru mempunyai bucu melengkung berbanding bucu berbentuk petak di sekitar logo sebelum ini. Tipografinya juga berbeza di mana tulisan kali ini lebih bersifat estetik.

Logo baharu Xiaomi kali ini membawa kepada perubahan identiti jenama. Perubahan identiti ini disifatkan sebagai “Alive” yang direka khas oleh pereka grafik Jepun Kenya Hara.

Adakah anda lebih menggemari logo lama Xiaomi atau logo baharu? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version