Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi 10 dilancar di Malaysia: Cipset Helio G88 & kamera 50MP, bermula RM649

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan yang baharu iaitu Redmi 10. Walaupun telefon ini berada pada tahap kelas permulaan, namun ianya mempunyai ciri-ciri sebuah telefon yang canggih dan menggunakan komponen berprestasi tinggi.

Mengikut spesifikasi, telefon ini mempunyai cipset MediaTek Helio G88 octa-core 2.0GHz, skrin 6.5 inci beresolusi FHD+, skrin segar semula 90Hz, teknologi AdaptiveSync, paparan antara muka MIUI 12.5, bateri berkapisiti 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan disertakan palam pengecaj 22.5W tersedia di dalam kotak.

Telefon ini juga mempunyai ciri tambahan iaitu Mod Membaca 3.0 untuk keselesaan ketika menatal kandungan kegemaran. Pada bahagian belakang, Redmi 10 ini mempunyai empat kamera iaitu kamera utamanya 50MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Bahagian depan pula terdapat lubang (punch-hole) di bahagian tengah atas untuk kamera swafoto 8MP. Xiaomi Redmi 10 tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu matte Carbon Gray, Pebble White dan Sea Blue. Telefon ini mempunyai dua varian storan iaitu 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB yang berharga RM649 dan RM749.

Mulai 20 Ogos, Redmi 10 boleh dibeli secara atas talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, kedai rasmi Mi Store atau pembekal rasmi seluruh Malaysia. Adakah anda berminat dengan Xiaomi Redmi 10 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version