Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi 10 dilancar? Hadir dengan cipset Helio G88, bateri 5,000mAh, skrin 90Hz dan lebih lagi

Terbaru, Xiaomi secara tidak sengaja telah memuatkan naik halaman telefon pintar Redmi 10 pada blog rasmi mereka. Halaman tersebut telah dipadamkan namun XDA Develepors telah berjaya untuk menerbitkan artikel mengenainya. Jadi, hampir semua spesifikasinya kecuali harga dan keberadaannya telah tertiris.

Redmi 10 dilihat hadir dengan skrin 6.5 inci LCD FHD+, kadar segar semula AdaptiveSync (30Hz, 50Hz, 60Hz, 90Hz), potongan punch-hole di tengah skrin dan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 3.

Peranti ini mempunyai dimensi 161.95 x 75.53 x 8.92mm dengan berat 181g. Ia ditawarkan dengan tiga warna iaitu Carbon Gray (kelabu), Pebble White (putih) dan Sea Blue (biru).

Redmi 10 dikuasai oleh cipset Mediatek Helio G88, RAM setinggi 6GB dan storan 64/128GB. Ia juga mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan pula, ia dilengkapi kamera swafoto 8MP.

Butiran cipset baru Helio G88

Tambahan lagi, ia juga menyokong slot kad microSD, pembesar suara stereo, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W (pengecas 22.5W disertakan), sensor cap jari sisi dan antara muka MIUI 12.5 atas Android 11.

Redmi 10 akan dijual dengan tiga pilihan memori iaitu RAM 4GB + storan 64GB, RAM 4GB + 128GB dan RAM 6GB + 128GB.

Xiaomi tidak memberitahu keberadaan dan harga peranti ini. Namun, kami merasakan ia akan diberitahu kelak sewaktu pelancarannya tidak lama lagi.

Anda meminati telefon pintar Redmi 10? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version