Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi 10A muncul di Geekbench dan FCC, miliki MTK MT6762G

Walaupun siri Redmi 10 Xiaomi pada asalnya dilancarkan pada Mei 2020, nampaknya kita akan melihat sekurang-kurangnya sebuah peranti baharu pada 2022. Peranti baharu yang digelar Xiaomi 220233L2C telah dikesan pada penyenaraian Geekbench 4 yang mendedahkan beberapa spesifikasi utamanya.

Ia adalah varian bagi pasaran di China yang telah muncul dalam penyenaraian pangkalan data IMEI dengan nombor model 220233L2G. Telefon ini dilengkapi MediaTek MT6762G, RAM 4GB dan Android 11. Ia berjaya memperoleh skor teras tunggal 791 mata dan 3,630 mata pada ujian berbilang teras.

Sementara itu, Redmi 10A global yang mengandungi nombor model 220233L2G muncul pada pangkalan data FCC. Penyenaraian itu mendedahkan ia akan datang dalam beberapa varian iaitu 2/32GB, 3/32GB, 3/64GB dan 4/128GB.

Telefon ini akan mempunyai paparan antara muka MIUI 12.5 berdasarkan Android 11 dan akan menawarkan kamera utama 13MP serta kamera 2MP. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari dan akan menawarkan sambungan jalur tunggal Wi-Fi 2.4GHz LTE.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version