Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi K30 Pro muncul di Geekbench dengan Snapdragon 865 dan RAM 8GB

Dengan kesemua khabar angin dan maklumat bocor yang susah untuk diketahui kebenarannya, satu berita dengan bukti pasti memuaskan hati. Keputusan penanda aras (benchmark) baru telah dimuat naik ke Geekbench 5.1 dan ia membuktikan bahawa Xiaomi Redmi K30 Pro bakal muncul. Pelancaran peranti ini mungkin pada masa terdekat dan ramai yang menjangkakan pelancarannya pada Mac 2020.

Apa pun, berita ini juga hadir dengan beberapa maklumat. Kita dapat melihat K30 Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 865, RAM 8GB dan dikuasai Android 10. 903 mata untuk satu-teras (single-core) dan 3362 untuk multi-teras (multi-core) memperlihatkan ianya dapat menangani aplikasi dan game dengan baik.

Masih tiada maklumat mengenai spesifikasi lain walaupun kami boleh menjangkakan beberapa ciri berdasarkan Redmi K30. Antara perkara yang boleh dijangkakan adalah paparan 120Hz, tetapan kamera quad di belakang, dwi-kamera hadapan dan bateri besar sekitar 4500 mAh. Ia juga mungkin mengekalkan sokongan pengecas pantas 30W, IR blaster dan sensor cap jari side-mounted.

Tarikh pelancaran Redmi K30 Pro masih tidak diketahui, tetapi peranti ini akan mendapat perhatian ramai jika ia hadir di Malaysia. Adakah anda akan menyambar peranti ini jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version